Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 (Bajet 2018).
Kelulusan tersebut diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee pada pukul 8.45 malam tadi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Rang Undang-undang itu diluluskan secara sebulat suara oleh ahli-ahli Parlimen.
Ia diluluskan selepas 24 kementerian selesai menggulung semua isu yang dibangkitkan oleh para Senator sepanjang sesi perbahasan yang berlangsung selama 18 hari di peringkat dasar dan jawatankuasa sejak 30 Oktober lalu.
Pada 27 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat yang mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion berbanding RM260.08 dalam Bajet 2017. - BERNAMA

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment