Write For Us

Dewan Rakyat lulus RUU bubar Mavcom

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
4 Views
Published
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang ditubuhkan lapan tahun lepas.

Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Terdahulu, persidangan melaksanakan undian belah bahagian terhadap RUU itu di peringkat jawatankuasa dan ia diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti.

RUU itu bertujuan memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Akta 771), bagi membubarkan Mavcom yang ditubuhkan bawah akta berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment