Write For Us

SST lulus di Dewan Negara biarpun dikuasai BN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Dewan Negara yang masih dikawal BN hari ini meluluskan Rang Undang-undang Jualan 2018, salah satu dari lima rang undang-undang, bagi membolehkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikembalikan.
RUU itu lulus dengan undian suara. Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada senator BN menyokongnya.
Anggota Dewan Rakyat daripada BN telah mengundi menolak SST dalam sidang yang berakhir 16 Ogos lalu.
Seramai 32 senator mewakili BN manakala PAS pula tiga orang daripada keseluruhan 55 anggota Dewan Negara.
Empat lagi RUU yang akan dibentangkan kerajaan hari ini adalah RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.
Kerajaan baru Pakatan Harapan merancangkan memperkenalkan semula SST bermula 1 September depan bagi menggantikan GST.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment