Write For Us

Di luar mahkamah, NGO berdemo desak 'Penjarakan Rafizi!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Sekumpulan NGO mendesak agar Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli dipenjarakan atas sebab pendedahan yang tidak berasas dan memburukkan nama baik negara.
Setiausaha Kerja Pertubuhan Suara Rakyat Marhaen, Mazli Md Yusof berkata Naib Presiden PKR itu wajar menanggung akibat di atas tindakannya.
Malah, Mazli mendakwa Rafizi cuba mencari publisiti murahan demi kepentingan peribadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama kira-kira 10 ahli NGO mengadakan protes bagi mendesak pemenjaraan Rafizi.
- Mahkamah Tinggi kekalkan 18 bulan penjara terhadap Rafizi
Terdahulu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengekalkan salah satu sabitan terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli atas pertuduhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mengekalkan hukuman penjara 18 bulan.
Bagaimanapun, bagi pertuduhan OSA yang kedua di mana dia telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen, Hakim Datuk Azman Abdullah membebaskan Rafizi, yang juga naib presiden PKR.
Hakim membenarkan penangguhan hukuman, sementara menunggu Rafizi memfailkan notis rayuan.
Mahkamah Sesyen sebelum ini mensabitkan Rafizi atas dua pertuduhan OSA dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan, dengan hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.
Rafizi didapati bersalah mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, tetapi dibebaskan daripada pertuduhan memiliki dokumen itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment