Write For Us

Rafizi desak harga siling minyak RM2.30 seliter

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menetapkan harga siling RON95 dan diesel kepada RM2.30 seliter.
Rafizi berkata, beliau kesal dengan pengumuman kementerian kewangan untuk hanya memperkenalkan subsidi sekiranya harga runcit bahan api itu melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.
"Maka, setiap kali harga RON95 jatuh di bawah paras RM2.50 seliter walaupun minggu-minggu lain kekal di atas RM2.50, itu akan 'reset' perkiraan tiga bulan berturut-turut dan membolehkan Najib menyimpan lebihan pendapatan tanpa memulangkan satu sen pun subsidi minyak," kata Rafizi dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Rafizi besar kemungkinan harga minyak mentah dunia tidak akan melebihi AS$64 setong secara berterusan selama tiga bulan berturut-turut.
"Jika pun harga minyak mentah kekal USD64 setong selama 3 bulan berturut-turut pentadbiran Najib telah mengutip RM4.2 bilion sejak Januari 2017 sebelum memulangkan sedikit dalam bentuk subsidi," katanya.
Tambah Rafizi, tindakan menunggu sehingga lebihan pendapatan mencecah sekurang-kurangnya RM4.2 bilion sebelum memperkenalkan kembali subsidi adalah sikap mementingkan diri.
Apatah lagi kata Rafizi kos subsidi untuk menurunkan 10 sen harga RON95 hanyalah sekitar RM47 juta seminggu atau RM2.4 bilion setahun.
"Oleh itu saya mendesak pentadbiran Najib membatalkan syarat harga RON95 mesti melebihi RM2.50 seliter untuk 3 bulan berturut-turut dan sebaliknya memperkenalkan terus harga siling pada paras RM2.30 seliter dan membiayai subsidi mingguan," katanya.
Dalam pada itu katanya tindakan Najib memperkenalkan semula subsidi minyak menunjukkan perdana menteri itu terpaksa mengenepikan ego dan 'kepentingan politik sempitnya'.
Ini katanya selepas bertahun-tahun Najib cuba menggambarkan pendirian Pakatan Harapan mengenai subsidi minyak sebagai tidak bertanggungjawab.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment