Write For Us

Harga ayam naik 30 sen masih belum lepasi harga siling - Mat Sabu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
10 Views
Published
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengakui terdapat laporan kenaikan harga ayam sebanyak 30 sen namun situasi itu masih terkawal ekoran tidak melepasi harga siling RM11.40 per kilogram (kg).

Ahli Parlimen Kota Raja itu menjelaskan, pihaknya bersama kementerian berkaitan akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan harga ayam tidak naik mendadak hingga membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai laporan harga ayam naik 30 sen sebanyak tiga kali yang bercanggah dengan kenyataan kementerian bahawa ia agak stabil.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=fQP0ZBu0CAM
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment