Write For Us

'Harga petrol patut naik 20 sen tapi Najib kurangkan kepada 15 sen'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
193 Views
Published
Kenaikan harga petrol sebanyak 15 sen bulan ini sepatutnya menjadi 20 sen, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.
"Berdasarkan harga Oktober, harga (tambahan) sepatutnya menjadi 20 sen tetapi perdana menteri merasakan bahawa kita perlu mengurangkan sedikit.
"Mudah-mudahan pada bulan November, jika pasaran bertambah baik maka kita tidak perlu melakukan apa-apa peningkatan.
"Mungkin kita boleh mengurangkan jika harga minyak jatuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
Johari juga menjelaskan bahawa kenaikan harga petrol adalah berdasarkan harga global purata minyak mentah bulan yang sebelumnya, dan bukan harga global harian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment