Write For Us

Rafizi jangka harga minyak patut turun 2-3 sen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menjangkakan harga petrol yang bakal diumumkan esok (setiap Rabu) sepatutnya mengalami kadar penurunan 2 sen hingga 3 sen.
Rafizi berkata demikian ketika ditanya pemberita di Parlimen hari ini.
Buat masa ini, RON95 dijual pada harga RM2.38 seliter (naik 7sen), RON97 dengan harga RM2.66 seliter (naik 6sen) dan diesel pula RM2.25 seliter (naik 5sen).
Ini bermakna harga petrol kini mencatat paras tertinggi baru sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara untuk perbincangan lanjut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment