Write For Us

Difitnah terima duit 1MDB, Pemuda PAS tuntut PH mohon maaf

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
60 Views
Published
Pemuda PAS menggesa mana-mana individu - termasuk dalam kalangan menteri kerajaan persekutuan - memohon maaf secara terbuka kepada parti itu kerana "memfitnah" parti itu menerima dana daripada 1MDB.
Tuntutan itu dibuat susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai 41 pihak yang menerima dana 1MDB semalam.
SPRM semalam memfailkan permohonan kepada mahkamah - mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) - untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.
Ia merupakan saman pelucuthakan terbesar dalam sejarah negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata wang tersebut diagihkan kepada penerima daripada akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak di AmBank.
Sejumlah 41 saman pelucuthakan telah difailkan dan SPRM setakat ini diberi empat tarikh untuk kes itu didengar secara berasingan - 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai.
Semakan di rekod mahkamah menunjukkan pengurusan kes untuk 10 saman ditetapkan pada 25 Jun di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Ikuti laporan KiniTV.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment