Write For Us

MP Kuala Terengganu tuntut MyNewsHub mohon maaf

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menuntut sebuah portal berita memohon maaf ekoran sebuah berita yang disiarkan didakwa sengaja memfitnah dirinya.
Menurut peguam yang mewakili Raja Kamarul, Mohamed Hanipa Maidin, pihaknya akan memberi surat tuntutan mohon maaf tersebut kepada portal MyNewsHub pada minggu ini.
Surat tuntutan tersebut meminta supaya portal MyNewsHub memohon maaf terhadap berita berkaitan Raja Kamarul yang disiarkan pada 7 Januari lalu.
Berita tersebut mendakwa Raja Kamarul bercuti secara mewah di London ketika rakyat Terengganu di landa banjir serta tidak kelihatan di Kuala Terengganu dengan tajuk 'Wakil rakyat PAN cuti mewah di UK abai mangsa bah'.
Beliau bekrata demikian pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini yang turut dihadiri Raja Kamarul.
Hanipa berkata lagi, tuntutan permohonan maaf MyNewsHub kepada Raja Kamarul juga perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas menerima surat tuntutan berkenaan.
Selain itu, pada sidang media sama, Raja Kamarul memberitahu bahawa pihak MyNewsHub tidak pernah menghubunginya bagi mengesahkan berita yang ditulis.
Malah, Raja Kamarul turut mempertikaikan penggunaan perkataan 'mewah' dalam berita berkenaan memandangkan beliau ke United Kingdom atas urusan kerja parti bersama pimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang lain dan menggunakan pesawat komersial.
Beliau turut menjelaskan, dakwaan tidak kelihatan di Kuala Terengganu ketika negeri berkenaan banjir juga tidak benar memandangkan beliau telah mula memberi bantuan kepada mangsa banjir pada 28 Disember.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment