Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya ketika melancarkan ibu pejabat baru Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang terletak di salah satu banglo kerajaan di Jalan Ledang, Parlimen berhampiran di Kuala Lumpur mengumumkan akan menanggung bayaran sewa bangunan itu.
Dalam mengiktiraf sumbangan MPM, Zahid memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka boleh terus memberi tumpuan kepada agenda yang lebih besar, kerana beliau akan membantu membayar sewa bulanan mereka sebanyak RM2,800 dan bil utiliti, untuk 10 tahun akan datang.
"Dimana saya cari duit yang 'halalan toyyiban' jangan tanya. Tetapi pokoknya saya tidak mahu MPM memikirkan bagaimana mahu membayar sewa ini. Jangan risau saya akan menyelesaikan.
"Ertinya saya mahu melihat MPM hidup dengan gah dan tenang tanpa memikirkan soal-soal titik bengit tetapi fokus kepada agenda besar negara. Jangan fikir macam mana nak bayar bil api, bil air, kecil sangat (masalah) agenda besar.
"Kita harus berjiwa besar untuk melaksanakan sesuatu lebih besar untuk negara kita," kata Zahid
MPM pertama kali ditubuhkan pada Februari 2009 dan setiausaha agungnya, Hasan Mad, berkata ahli-ahlinya akan terus memperjuangkan agenda memperkuat negara, memelihara budaya Melayu, serta Islam, pemerintah Melayu dan Perlembagaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment