Write For Us

Tun M: Zahid pernah datang jumpa saya cari simpati

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berjumpa dengannnya bagi mendapat simpati dan sokongan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno.
Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Facebook hari ini.
- Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty
Terdahulu, Mahathir berasa malu dengan tindakan Ahmad Zahid kerana berbohong sewaktu mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama "Mahathir a/l Iskandar Kutty" ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya, semalam.
Mahathir menyifatkan ini menunjukkan Ahmad Zahid sebagai 'kaki pembohong' kerana tidak boleh menunjukkan kad identitinya yang berwarna biru.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment