Write For Us

Dipenjara atau tidak? 23 Ogos ini penentuan kes Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Ogos depan untuk keputusan rayuan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sebelum ini didapati bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1MDB, Mac lalu.
Rafizi diwakili oleh peguamnya, Gobind Singh Deo bercakap kepada pemberita selepas selesai prosiding.
Pada 14 Nov tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau OSA.
Bagaimanapun Hakim Zulqarnain Hassan yang memerintahkan hukuman itu berjalan serentak, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan Mohd Rafizi didengar di Mahkamah Tinggi.
Naib Presiden PKR itu didapati bersalah memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di Kuala Lumpur pada 3 petang, 24 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Rafizi, 40, turut didapati bersalah mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment