Write For Us

Sama ada Najib kekal atau tidak, ini penjelasan Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meramalkan Pakatan Harapan boleh mendapat sokongan mencukupi bagi mengalahkan BN walaupun berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang sekiranya diadakan menjelang Mei nanti.
Ketika ini, kata Rafizi, kelebihan masih memihak kepada BN berbanding pembangkang walaupun kadarnya kecil.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara 'Terus Terang' episod pertama anjuran INVOKE Malaysia yang dihoskan oleh Syed Ibrahim Syed Noh hari ini.
Program tersebut disiar secara langsung dan dimuat naik di Facebook Rafizi Ramli.
Rafizi juga menasihatkan barisan pakatan pembangkang agar menumpukan perhatian sepenuhnya dan kurangkan polimik politik sesama mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment