Write For Us

Dituduh miliki dadah, Farid Kamil mengaku tidak bersalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Ketika pertuduhan dibacakan di depan majistret Nor Ariffin Hisham, Farid mengangguk tanda faham dan kelihatan tenang saja.
Mengikut kertas pertuduhan, Farid didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan bahan larangan berupa dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke badannya.
Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Majistret membenarkan Farid, 36, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 sementara menunggu perbicaraan lanjut.
Farid juga diarah menyerahkan passport antarabangsa kepada mahkamah.
Kata Farid dia berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendiakan dia dan keluarganya selama ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment