Write For Us

Anak ADUN Salor mengaku tidak bersalah miliki dadah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Anak lelaki Anggota Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis metamfetamina seberat 20 gram lima hari lalu.
Ahmad Syafi Husam, 29, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Dia didakwa memiliki dadah berkenaan di tepi sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong, di sini pada 3.30 petang, 18 Nov lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.
Majistret Kamarul Hasyime membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin manakala terduduh diwakili lima peguam diketuai Firdaus Mohd Yusof. - BERNAMA
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment