Write For Us

DNA sama adalah lawak, PAS kepada UMNO

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan Umno memberi lampu hijau kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak untuk berunding dengan PAS adalah lawak dan propaganda yang dibuat parti itu sendiri.
Beliau mengulas laporan The Star yang memetik Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata, kebenaran itu diberikan kerana kedua-dua parti itu berkongsi "DNA yang sama", justeru tiada masalah untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata, ketetapan Majlis Syura Ulama' jelas yang parti itu tidak akan bekerjasama dengan BN dan juga Pakatan Harapan.
Dalam laporan The Star hari ini, Annuar berkata ia adalah kali pertama cadangan berhubung kerjasama itu dibuat dan ia sedang berjalan dengan positif.
Usaha itu akan berjaya jika disokong orang orang Melayu yang prihatin terhadap soal perpaduan Melayu, namun tidak mengulas lanjut bentuk kerjasama itu, katanya lagi seperti dipetik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment