Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengesahkan bahawa siasatan ke atas dana yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih berterusan.
Seorang wakil jabatan berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan itu, termasuk "sama ada siasatan bersifat jenayah ataupun mengenai skopnya".
Walau bagaimanapun, memandangkan siasatan masih berterusan, DOJ dijangka membuat pengumuman lanjut jika ia menjumpai bukti tambahan mengenai salah laku dalam perkara itu.
Sementara itu, wakil berkenaan juga mengesahkan bahawa DOJ tidak akan merampas barangan kemas yang dibeli oleh atau untuk "isteri Malaysian Official 1 (MO1)” yang disebut dalam pemfailan saman tebaru.
"Tetapi fakta mengenai sumber dana itu sangat relevan dengan tuduhan yang dibuat dalam aduan tersebut," kata wakil itu memberitahu Malaysiakini melalui e-mel.
DOJ dalam pemfailan terbaru pada Khamis lalu mendakwa bahawa derma yang kononnya dikembalikan oleh MO1 kepada putera Arab Saudi sebaliknya digunakan untuk membeli barangan kemas untuk isteri MO1, termasuk kalung bernilai AS$ 27.3 juta yang mempunyai sebutir loket berlian merah jambu 22 karat.
Di sebalik mendakwa kalung berlian merah jambu itu, bersama-sama dengan 27 kalung lain dan gelang emas 18 karat bernilai AS$ 1.3 juta, diperolehi dengan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB, semua barangan ini tidak termasuk dalam senarai untuk dirampas oleh DOJ buat masa ini.
Dalam pemfailan ketiga dan terbaru itu, DOJ meletakkan angka yang didakwa disalahgunakan pada AS$ 4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang dipercayai diperoleh melalui dana yang diselewengkan dari 1MDB.
Antara senarai aset yang bakal dirampas itu, termasuk sebuah kapal layar, barangan kemas, berlian, rantaian pusat kecergasan, dan karya seni.
Dalam pemfailan DOJ sejak tahun lalu, nama Najib tidak disebut secara langsung, tetapi pihak penyiasat AS merujuk kepada seorang individu sebagai "Malaysian Official 1" yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Riza Aziz iaitu anak tirinya yang turut dinamakan.
Namun, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah sememangnya adalah Najib.
Perdana menteri juga berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.
Malah, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment