Write For Us

Isu berlian isteri MO1, ini kata Menteri Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertikaikan laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung isu rantai berlian yang dimiliki isteri Malaysian Official 1 (MO1) tetapi tidak berminat merampas kembali berlian tersebut.
"Kenapa DOJ masukkan dalam kenyataan mereka berkenaan dengan rantai berlian sedangkan mereka sendiri tidak berminat merampas kembali berlian tersebut?
"Itu persoalannya. Anda sindir dan anda memberi gambaran seolah-olah Datin Seri Rosmah dengan berliannya membuat sesuatu yang salah, tetapi dalam dokumen analisis akhir tak masuk pun berlian antara salah satu yang hendak dirampas," katanya dalam sidang media hari ini.
DOJ dalam pemfailan terbaru pada Khamis lalu mendakwa bahawa derma yang kononnya dikembalikan oleh MO1 kepada putera Arab Saudi sebaliknya digunakan untuk membeli barangan kemas untuk isteri MO1, termasuk kalung bernilai AS$ 27.3 juta yang mempunyai sebutir loket berlian merah jambu 22 karat.
Di sebalik mendakwa kalung berlian merah jambu itu, bersama-sama dengan 27 kalung lain dan gelang emas 18 karat bernilai AS$ 1.3 juta, diperolehi dengan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB, semua barangan ini tidak termasuk dalam senarai untuk dirampas oleh DOJ buat masa ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment