Write For Us

DOJ tutup kes terhadap Red Granite

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah menutup kesnya terhadap syarikat produksi filem "The Wolf of Wall Street", Red Granite Pictures selepas ia berkata syarikat itu telah memenuhi penghakiman persetujuan oleh mahkamah Amerika Syarikat.
Dalam notis yang difailkan di mahkamah California oleh peguam AS dan Seksyen Pemulihan dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (MLARS) DOJ yang dilihat Malaysiakini bertarikh 25 Sept menyatakan perkara itu setelah menerima pemindahan sebanyak AS$ 21 juta baru-baru ini.
"Pada 20 September 2018, setelah menerima pemindahan AS$ 21,183,560.61 ke Amerika Syarikat, penghakiman persetujuan yang dikeluarkan pada 8 Mac 2018 telah dipenuhi, dan kes itu ditutup," menurut notis yang dinyatakan.
Syarikat filem itu diasaskan bersama oleh anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan ahli perniagaan Joey McFarland.
Ia didakwa oleh DOJ menggunakan wang yang diseleweng daripada syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB untuk membiayai filem-filemnya, termasuk The Wolf of Wall Street.
Pada Mac, Red Granite telah mencapai penyelesaian dengan kerajaan Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah AS$60 juta (RM234 juta).
Bayaran itu sebagai pertukaran kepada aset Red Granite yang ingin dirampas oleh DOJ melalui saman pelucutan sivil yang melibatkan 1MDB.
Bagaimanapun Red Granite tidak akan mengakui sebarang liabiliti atau salah laku di bawah penyelesaian tersebut.
Dilaporkan bahawa Red Granite terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar jumlah tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment