Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebentar tadi.
Majlis diadakan di Istana Negara pada kira-kira jam 9.50 malam.
Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan pemimpin utama parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan menjadi antara isu paling hangat dan dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia sejak pagi tadi lagi selepas BN dikalahkan oleh gabungan HARAPAN.
Ia adalah detik yang bersejarah dari pelbagai segi. Antaranya ia adalah kali pertama BN diketepikan daripada kerajaan sejak merdeka.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sebelum bersara secara rasmi pada 2002.
Untuk rekod Dr Wan Azizah dipersetujui bersama oleh HARAPAN sebagai calon timbalan perdana menteri.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment