Write For Us

Dr M bentang usul pindaan turun had umur mengundi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan menjadi tumpuan seluruh negara apabila ia bakal membuat keputusan berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warganegara berumur 18 tahun mengundi pada pilihan raya.
Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dibentangkan bagi bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas selesai sesi soal jawab lisan sebelum dibuka untuk dibahas oleh ahli Parlimen.
Dr Mahathir sebelum ini melahirkan keyakinannya bahawa pindaan perlembagaan itu bakal mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat, dengan blok pembangkang telah menyatakan komitmen untuk menyokong pindaan berkenaan.
Selain menurunkan umur warganegara yang layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pindaan itu turut mencadangkan penurunan umur warganegara yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun, serta mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Ini merupakan kali kedua kerajaan Pakatan Harapan cuba meminda Perlembagaan Persekutuan selepas usaha mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963 pada 9 April lepas. Bagaimanapun, ia tidak mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment