Write For Us

Tetap bentang usul 'kecam' Shabudin pada sidang DUN Mei ini - Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap akan membentangkan usul bagi 'mengecam' ucapan Datuk Shabudin Yahaya berhubung isu perkahwinan perogol dengan mangsa di Dewan Rakyat baru-baru ini pada sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata usul itu bukan bertujuan mahu membalas dendam terhadap anggota Parlimen Tasek Gelugor itu, sebaliknya ia adalah demi kepentingan rakyat kerana kenyataan itu telah menimbulkan reaksi negatif masyarakat.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini, hari ini bagi mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman semalam yang menyifatkan ia untuk 'membalas dendam' susulan pendedahan Shabudin di Parlimen tahun lalu mengenai pembelian hartanah di bawah harga pasaran oleh Lim.
Sehubungan itu, Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang telah memutuskan dan meminta Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid membawa usul bagi mendesak peletakan jawatan Lim sebagai ketua menteri pada sidang DUN dijadual bermula 19 Mei.
Kenyataan Shabudin itu pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat, 4 April lalu telah tular di media sosial serta menerima kritikan pelbagai pihak.
Berhubung cadangan UMNO Pulau Pinang untuk mengemukakan usul supaya beliau meletakkan jawatan, Lim berkata, tiada masalah dan beliau menyerahkan kepada speaker DUN untuk membuat keputusan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment