Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan usul di Dewan Undangan Negeri ke atas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya bersifat 'balas dendam'.
"Jika dendam, kami akan membawa usul terhadap Shabudin mengenai skandal tanah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) sebelum ini.
"Kenapa masih tiada tindakan terhadap Shabudin berkenaan kes Perda," tanya Lim yang juga setiausaha agung DAP, hari ini.
Shabudin adalah Pengerusi Perda.
Lim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa Lim mahu memfailkan usul terhadap Shahbudin itu kerana dendam politik.
Sebagai tindak balas, Umno Pulau Pinang juga memutuskan untuk mengemukakan usul bagi menuntut peletakan jawatan Lim atas dua kes rasuah melibatkannya yang kini menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Pada 31 Mac tahun lepas, Lim mendedahkan Perda menjual 8.5 ekar tanah di Taman Keramat Permai, Seberang Perai Selatan lebih rendah daripada harga pasaran.
Plot berkenaan telah dinilai secara kolektif RM16.636 juta bagi cukai taksiran tetapi dijual pada harga RM1.427 juta kepada Sty Prestige Sdn Bhd.
"Ini bermakna Perda dan rakyat Pulau Pinang kehilangan RM15.209 juta, dalam kes Perda, berlaku kehilangan besar wang rakyat, (tetapi) dalam kes saya, tidak ada kerugian dana awam.
"Kami boleh membawa usul terhadap Shabudin dalam hal itu tetapi kita tidak lakukan," kata Lim.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment