Write For Us

'Dr M dan Najib dah, kali ini beri peluang PM dari PAS'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi meminta rakyat untuk memilih perdana menteri daripada PAS dengan memenangkan parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Beliau berkata negara selama ini hanya ditadbir BN dan malah calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) juga merupakan bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
"HARAPAN akan menampilkan bekas perdana menteri yang akan (memegang jawatan itu) semula, sama juga dengan BN (Datuk Seri Najib Razak) yang jadi perdana menteri sekarang.
"Anda sudah ada pengalaman dengan kedua-duanya, tetapi belum ada pengamalan mempunyai perdana menteri daripada PAS," katanya dalam program Dialog Perpaduan Nasional di Shah Alam, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment