Write For Us

Rafizi 'tak puas hati' MP BN tak beri peluang mencelah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Ahli Parlimen BN-Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh mendakwa Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli gemar menghasut rakyat untuk membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, melalui siri-siri sidang medianya.
Che Mohamad berkata Rafizi juga sering mengaitkan sesuatu isu seperti rasuah di kalangan pemimpin dari BN mahupun Umno, sedangkan rasuah itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Apabila Rafizi bangun memohon pencelahan, Che Mohamad berjanji akan memberikan laluan kepadanya.
Namun setelah beberapa minit menunggu, Rafizi berasa tidak berpuas hati apabila Che Mohamad tidak memberi peluangnya untuk mencelah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment