Write For Us

Dr M hadir beri penghormatan terakhir kepada Sanusi Junid

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
159 Views
Published
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi penghormatan terakhir kepada sahabat lamanya Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia pagi tadi di Masjid Saidina Umar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Sanusi meninggal dunia sebelum subuh pada pukul 6 pagi tadi selepas wuduk semasa menunggu waktu solat subuh.
Allahyarham Sanusi meninggal dunia di usia 75 tahun.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Allahyarham sebelum ini pernah menjadi menteri pembangunan negara dan luar bandar pada 1981 dan kemudian menjadi menteri pertanian pada 1986.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai menteri besar Kedah pada 1996 hingga 1999.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment