Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay di rumahnya di Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, di sini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba pada 12 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman pengasas Kumpulan YTL itu yang meninggal dunia semalam pada usia 88 tahun.
Anggota keluarga dan kenalan yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang boleh berbuat demikian bermula 7 malam ini di alamat No 2 Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, di sini.
Perhimpunan bagi anggota keluarga dan kenalan turut diadakan esok dan Sabtu pukul 8.30 malam dan pengebumian akan diadakan pada Ahad (22 Okt) bermula 10 pagi.
YTL Corporation Bhd merupakan antara 30 syarikat terbesar disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, membentuk antara syarikat komponen FTSE Bursa Malaysia KLCI, indeks penanda aras utama bursa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment