Write For Us

Dr M jamin kekalkan entiti nama Malaysia Airlines Berhad

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan untuk mengekalkan nama entiti Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam usaha memulihkan prestasi syarikat penerbangan negara itu.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang mengkaji dan meneliti beberapa cadangan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan terhadap masa depan syarikat penerbangan itu.
“Terdapat banyak cadangan daripada syarikat-syarikat bahkan kumpulan pengusaha tertentu, tetapi pada masa ini, kita belum dapat membuat keputusan sama ada menjual atau membuat kerjasama dengan syarikat yang lain atau kita juga mengambil bahagian dalam pemulihan MAS ini.
Tetapi, sesuatu yang kita ingin kekalkan ialah nama syarikat ini mesti ada kaitan dengan negara kita iaitu Malaysia. Kita tidak boleh jual syarikat ini sehingga namanya terhapus sama sekali,” katanya yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94 hari ini.
Sumber : Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment