Write For Us

Dr Noor Hisham perjelas kadar ujian, jamin Covid-19 terkawal di Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
55 Views
Published
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menjelaskan bahawa Malaysia melakukan 27.14 ujian Covid-19 bagi setiap 1,000 orang penduduk.

Ini selepas beberapa ahli Parlimen mempersoalkan mengapa kadar ujian negara ini lebih rendah berbanding negara lain ketika sesi Dewan Rakyat semalam.

Dalam sidang media hari ini, Dr Noor Hisham mengatakan kadar ujian negara ini setara dengan Korea Selatan (26.29 per 1.000 penduduk), sebuah negara yang dipuji atas usaha mereka mengatasi Covid-19.

Katanya lagi, walaupun kapasiti makmal untuk pensampelan di negara ini meningkat kepada 37,000 sampel sehari, kadar positif Covid-19 hanya 1.05 peratus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment