Write For Us

Dr M jumpa Sultan Johor?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan akan bertemu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis ini.
Memetik FMT, perkara berkenaan disahkan sumber bahawa Sultan Johor menitahkan pertemuan diadakan.
Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan agenda pertemuan itu, memandangkan ia kali pertama Dr Mahathir diterima bertemu selepas kerajaan bertukar 9 Mei tahun lalu.
Pada Jun, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Pakatan Harapan pertama yang diterima bertemu Sultan Ibrahim.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata ketua negara baru akan diketahui pada 24 Januari ini.
Ia selepas Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam kalangan raja-raja Melayu, susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment