Write For Us

MB Johor jumpa Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Empat hari selepas memulakan tugas, menteri besar baru Johor Dr Sahruddin Jamal hari ini mengadakan kunjungan hormat bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Ini merupakan pertemuan kali pertama YAB menteri besar Johor selepas mengangkat sumpah pada 14 April yang lalu,” menurut status di Facebook Mahathir pagi tadi.
Tiada maklumat lain pertemuan itu dikongsi setakat ini.
Sahruddin, 43, Sabtu lalu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Sahruddin dilantik menteri besar Johor ke-17 susulan peletakan jawatan Osman Sapian, 8 April lepas.
Osman hanya menjawat jawatan itu selama 11 bulan bermula selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Johor dari BN, bersama pentadbiran pusat, buat pertama kali dalam sejarah.
Pentadbiran singkat Osman itu menyaksikan hubungan tegang antara Mahathir dan istana Johor, antaranya dalam isu Pulau Kukup, Statut Rom dan kuasa negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment