Write For Us

Dr M kecewa wang dibazir bina senjata

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kecewa apabila banyak wang dibazirkan untuk membangunkan senjata api sedangkan ia boleh dimanfaatkan untuk teknologi yang lebih berfaedah.
Beliau mengambil contoh Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang pada asalnya diadakan sebagai pameran pesawat kecil, tetapi kini menjadi medan mempamerkan pesawat dan jet pejuang besar untuk peperangan.
"Saya bercakap mengenai teknologi dan sebagainya, kita boleh buat mikro cip untuk pelbagai benda.
"Tetapi tumpuan diberikan dan banyak wang dibelanjakan bagi membangunkan senjata.
"Pada asalnya LIMA hanya pameran bagi pesawat kecil, tetapi kita membanggakan pesawat atau jet pejuang yang besar untuk melakukan kekejaman," katanya pada perasmian penutup Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur petang tadi.
Untuk rekod LIMA 2019 berakhir pada 30 Mac lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment