Write For Us

Dr M: Kes terhadap Najib 'dalam masa terdekat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan mempunyai kes terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 'dalam masa terdekat'.
Beliau juga berkata sama ada Najib akan menerima hukuman di penjara bergantung kepada hasil siasatan.
Mahathir yang dipetik sebagai berkata oleh Reuters, tidak akan menahan tanpa perbicaraan jika tidak mempunyai kes.
Mahathir berjanji menyiasat skandal 1MDB jika Pakatan Harapan berkuasa dan berulang kali mendakwa Najib menyelewengkan dana daripada firma itu, meskipun dinafikan bekas perdana menteri berkenaan.
Ahli politik berusia 92 tahun itu berkata beliau akan menerajui negara selama dua tahun dan akan terus memainkan peranan di sebalik tabir walaupun selepas berundur daripada jawatan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment