Write For Us

Pengerusi baru Bank Rakyat diumum dalam masa terdekat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Siapa yang bakal dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) akan diumumkan dalam masa yang terdekat.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof, calon yang sesuai telah dikenal pasti dan kini hanya menunggu pendapat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja bagi memastikan pelantikannya nanti menepati visi baru Bank Rakyat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pada 26 Nov lepas, Shukry Mohd Salleh telah dipecat daripada jawatan pengerusi Bank Rakyat berkuat kuasa serta-merta berikutan dakwaan terlibat dalam pindaan Laporan Asal Audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Shukry yang juga pernah menjadi setiausaha sulit bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa mengarahkan bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho untuk dikeluarkan daripada laporan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment