Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mempamerkan gambar Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam akhbar dan media sosial seluruh dunia.
Beliau berkata ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia kesalahan mereka supaya dunia tahu.
"Kita akan pamerkan dalam akhbar seluruh dunia, melalui media sosial dan sebagainya, gambar-gambar Suriyati (ketua ROS) Surayati (Ibrahim), dan apa namanya pengerusi (SPR) (Hashim Abdullah).
"Kami akan meletakkan anak panah untuk menunjukkan, ini adalah manusianya," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis mengumpul dana di Muar, Johor.
Mahathir jelas kecewa dengan langkah ROS untuk membatalkan sementara pendaftaran partinya, serta laporan berita yang memetik Pengerusi SPR, Hashim sebagai berkata bahawa Pakatan Harapan memerlukan kebenaran SPR untuk menggunakan satu logo.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata ia adalah usaha untuk menghalang Pakatan Harapan daripada memenangi pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment