Write For Us

Karikatur hina Hadi, PAS mahu akhbar Cina ditutup

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Kira-kira 100 ahli dan penyokong PAS berhimpun di luar perkarangan pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya, hari ini, sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak ke atas syarikat akhbar Cina itu untuk kerana mencetuskan ketegangan agama.
Ini susulan selepas akhbar itu menyiarkan yang memaparkan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.
Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".
Karikatur itu dikatakan mempersendakan Abdul Hadi selepas pemimpin itu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355 pada Khamis lalu.
Semalam, akhbar yang dimiliki oleh jutawan balak Tan Sri Tiong Hiew King, memohon maaf atas penyiaran karikatur itu dan menariknya semula.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment