Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu masyarakat Cina di negara ini supaya memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui Malaysia.
Berucap pada majlis jamuan sempena tahun baru Cina 2018 di Kuala Terengganu, semalam, beliau turut mendedahkan pada pilihan raya umum ke-14 ini, PAS berusaha untuk memerintah negara ini.
Memetik laporan Harakhdaily, Hadi berkata PAS sudah mencuba di Kelantan, di Terengganu dan di Kedah tetapi tidak punyai kuasa yang lebih dan berharap PAS dapat kuasai sampai ke kerajaan pusat.
Tambah Hadi lagi, untuk memerintah negara PAS memerlukan 112 kerusi dan disebabkan itu PAS akan bertanding 130 kerusi parlimen.
Hadi berkata, PAS perlu menjadi sebuah parti yang kuat dan gagah supaya mereka boleh menghalang orang yang hendak buat huru-hara dan kacau bilau di negara ini.
Menurutnya, PAS mahu selamatkan negara ini dengan memperkenalkan kepada rakyat Budaya Politik Matang Sejahtera agar tidak berlaku peperangan dan pergaduhan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment