Selepas lebih dua dekad di tampuk kuasa dan 15 tahun selepas melepaskannya, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mensasarkan kerusi perdana menteri.
Bagaimanapun ada satu perbezaan besar. Selepas sekian lama bersama parti pemerintah, ahli politik berusia 93 tahun itu kini calon perdana menteri gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam wawancara bersama Malaysiakini Jumaat lalu, Mahathir mengakui ada kebimbangan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak akan membolehkan proses peralihan kuasa yang lancar jika HARAPAN menang.
"Inilah yang kami takutkan...Dia (Najib) akan cuba untuk mengelak daripada ditahan. Ada khabar angin, dan ini khabar angin, saya dengar...Umno akan cetuskan masalah.
"Mereka ada samseng yang akan cetuskan masalah dan akan ada (pengisytiharan) darurat atau (penggunaan Akta) Majlis Keselamatan Negara, Parlimen tidak akan dipanggil, dan kedaulatan undang-undang akan digantung," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Menurut pengerusi HARAPAN itu, Najib mampu mengambil tindakan drastik dengan menguatkuasakan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (MKN).

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment