Write For Us

Kajian: PAS akan kalah, Umno menang jika tiga penjuru

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
132 Views
Published
Kajian Invoke Malaysia, sebuah badan berkaitan PKR menunjukkan Umno akan menang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru dengan mendapat 32.2 peratus undi.
Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, kaji selidik itu juga mendapati Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengatasi PAS.
"Sekiranya pertandingan tiga penjuru melibatkan antara Umno, PAS, AMANAH menunjukkan AMANAH berjaya mengatasi PAS dengan kelebihan 3.6 peratus.
"Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului PAS dan AMANAH iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, AMANAH 16.1 peratus sementara PAS hanya mendapat 12.5 peratus," katanya dalam sidang medianya di Invoke di Kuala Lumpur, hari ini.
Rafizi berkata, perkara itu berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada PAS sekaligus memberi kelebihan kepada AMANAH.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment