PAS menafikan bahawa pihaknya perlu disalahkan sekiranya berlakunya pertembungan tiga penjuru antara parti Islam itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BN pada Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU-14) akan datang.
Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan berkata, perkara itu bukan dimulakan oleh PAS memandangkan terdapat parti-parti lain yang mengisytiharkan untuk bertanding di beberapa kerusi asal milik parti Islam itu.
Malah katanya, semua pihak boleh bersetuju untuk pertembungan satu lawan satu namun realiti politik mutakhir kini dilihat sukar untuk mengelak perkara berkenaan.
“Asasnya semua orang boleh bersetuju satu lawan satu tapi realiti politik mutakhir PRU14 ini hampir sukar nak elak tiga penjuru, contohnya di Parlimen Temerloh ada satu DUN Semantan dimenangi PAS sebelum ini.
“PAS bertanding sejak dulu dan saingan BN. Apabila PAS menang, calon ini telah keluar masuk Parti Amanah Negara (AMANAH) dan sudah pastinya ia kawasan kita dan ia adalah DUN dimiliki PAS.
“Kita akan kekal bertanding berdepan dengan BN satu lawan satu, malangnya AMANAH pun nak bertanding di Semantan dengan menganggap ia calon AMANAH,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Jelasnya, memandangkan PAS kini tidak lagi mempunyai hubungan dengan HARAPAN, Nasrudin berkata parti Islam itu berhak untuk bertanding di semua kerusi asal mereka sebelum ini termasuk Permatang Pauh.
Untuk rekod, kerusi Permatang Pauh sudah ditandingi oleh PKR sejak tertubuhnya parti itu pada 2003 ketika dalam Pakatan Rakyat.
“Dari situ kita nampak wujud tiga penjuru bukan dari PAS. Tradisi kita bertanding berhadapan dengan BN.
“Apabila ada parti lain isytihar nak tanding kerusi PAS, kita ambil kira tak ada hubungan dengan HARAPAN, kita nak bertanding semula di kerusi-kerusi kita, termasuk Permatang Pauh sebab itu kerusi kita, kita tak ada kerjasama,” tegas Anggota Parlimen Temerloh itu.
19 Julai lalu, PAS telah melancarkan jentera di Permatang Pauh bagi menghadapi PRU, malah Naibnya Idris Ahmad turut menafikan dakwaan PKR bahawa ia adalah satu tindakan provokasi dan angkuh.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment