Datuk Seri Najib Razak bukan orang yang boleh dipersalahkan sekiranya pengundi kaum India tidak mengundi BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas, sebaliknya berkata kesalahan tersebut perlu diletakkan pada orang yang diamanahkan Najib untuk menjaga kebajikan kaum berkenaan.
Bagaimanapun Kayveas yakin sokongan pengundi India akan kembali padu buat BN.
“Atau pun setidak-tidaknya sokongan itu jauh lebih besar berbanding PRU sebelum ini hasil perhatian penuh diberi perdana menteri kepada mereka," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini.
Jika keputusan PRU ke-14 menunjukkan sokongan pengundi India tidak memihak BN katanya, orang yang bekerja untuk Najib gagal melaksanakan tugas mereka.
“Kaum India akan memberi sepenuh sokongan kepada perdana menteri kerana jasa yang disumbangkan beliau kepada komuniti terbabit selepas mereka hampir diabaikan sepenuhnya sebelum ini," katanya.
April lalu Najib melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Najib yang juga pengerusi BN turut menggalakkan masyarakat India untuk terus mencapai kecemerlangan dalam menimba ilmu dan pendidikan.
Katanya tidak ada senjata berkesan untuk mengubah kaum kecuali menggalakkan kaum itu mencapai pencapaian tinggi dalam ilmu pendidikan.
Bagaimanapun terdapat pihak yang rasa ragu-ragu terhadap pelan tindakan tersebut serta pembangkang turut mengkritik MIB sebagai alat propaganda menjelang PRU ke-14.
Kayveas yang pernah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri, turut berkata Najib menghadapi saat mencabar pada zaman pemerintahannya ekoran kelembapan ekonomi, kejatuhan mata wang dan tekanan daripada pembangkang.
Namun kata bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Najib telah melakukan yang terbaik dalam menghadapi tekanan tersebut, selain turut berjaya membangunkan sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) selain membangunkan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
"Dengan semua cabaran ini, kalau kamu melihat infrastruktur dan struktur sosial, kelihatan bertambah baik.
"Saya fikir beliau (Najib) dah lakukan yang terbaik, secara perbandingan (dengan perdana menteri lain), dengan masa kini, dia sudah buat dengan baik," katanya.
Kayveas turut berkata Najib adalah perdana menteri yang terbaik berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tambahnya lagi, beliau tidak pernah melihat Najib berkata tidak kepada sesiapa pun.
“Di sosial media ramai yang tanya saya bagaimana Najib boleh membantu semua orang, (saya jawab) ia adalah usaha Najib sendiri,” katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment