Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkongsi asal-usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan terdapat pelbagai tohmahan daripada pembangkang termasuk bertujuan membeli undi.
Bercakap di hadapan kira-kira 2,000 penerima, beliau berkata bantuan itu dicadangkan Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan.
"Subsidi (bersasar) ini lebih baik daripada subsidi pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima subsidi ini menjualnya di sempadan.
"Kedua, orang yang patut menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya petrol RON95.
"Orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi," katanya pada majlis pelancaran BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment