Susulan cadangan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bahawa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar, hari ini Ahli Parlimen PKR-Pandan Rafizi Ramli tampil menyindir.
Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata cadangan itu sudah tentu akan berjaya sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaikkan bayaran BR1M kepada 40,000 setiap penerima.
Menurutnya lagi, jika BR1M diberikan pada kadar sekarang, penerima hanya mampu membayar ansuran bulanan sebanyak maksimum dua bulan sahaja dengan menjadi pemandu Uber dan Grabcar.
Kata Rafizi, cadangan Irwan itu akan menjadikan Malaysia mencatat rekod baru sebagai negara paling ramai pemandu Uber dan Grabcar.
Jelas Rafizi lagi, cadangan seperti "orang miskin boleh buat dua kerja dengan menjadi pemandu Uber" dan "guna BR1M untuk beli kereta Proton Iriz jadi pemandu Uber" menyebabkan pelabur dan orang ramai hilang keyakinan dengan pengurusan ekonomi negara.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment