Write For Us

Isu gaji penjawat awam gred rendah, ini cadangan Rafizi kepada Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
165 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar sistem kenaikan gaji tahunan diterbalikkan, iaitu memberi kenaikan secara peratus kepada penjawat awam gred bawah, berbanding yang dinikmati pegawai tinggi kerajaan selama ini.
Kata Rafizi, cadangan tersebut perlu dilakukan supaya tidak ada kakitangan awam hidup dalam kemiskinan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media hari ini.
Terdahulu, Rafizi menjelaskan kenaikan gaji tahunan antara pegawai tinggi kerajaan dan penjawat awam gred rendah adalah tidak seimbang.

Katanya, pegawai tinggi kerajaan mendapat kenaikan gaji yang konsisten sebanyak sembilan peratus setiap tahun, berdasarkan laporan gaji perkhidmatan awam setiap tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment