Write For Us

Projek IC 2.0 mungkin boleh berlaku jika adanya PSS - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Bekas perdana menteri, Najib Razak tidak menolak kemungkinan pelaksanaan pas sementara Sabah (PSS) membuka ruang kepada berlakunya "projek IC 2.0".
Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan tidak sepatutnya menyalahkan BN sekiranya mereka mahu melaksanakan PSS.
"Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah mengesahkan 'projek IC' telah dilasanakan zaman dulu.
"Jadi, saya tidak tolak ada kemungkinan 'projek ic 2.0' boleh dilaksanakan," katanya kepada media ketika berkempen di Kimanis, petang tadi.
Dalam ucapannya, Najib mendakwa RCI mengesahkan projek ic pernah berlaku ketika zaman perdana menteri keempat.
Untuk rekod perdana menteri keempat ialah Dr Mahathir Mohamad yang ini menjadi perdana menteri ketujuh.
Pada 3 Dis 2014 laporan akhir RCI mengenai pendatang haram di Sabah membuat kesimpulan, antara lain, bahawa "Projek IC" yang begitu banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu.
Siasatan mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, menyebabkan lonjakan penduduk di negeri ini.
RCI membuat kesimpulan bahawa terdapat "kredibiliti" dalam testimoni yang diberi oleh lima orang yang mengaku menjadi sebahagian daripada projek yang dikatakan itu.
PSS pula ialah dokumen baru Jabatan Imigresen yang dikeluarkan terhadap pendatang, bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.
Ini susulan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 Sept, 2019 dan diumumkan kemudian Muhyiddin pada hari yang sama.
Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Ia terjadi ketika meningkatnya keganasan puak pemisah di rantau Mindanao yang menyaksikan ramai pelarian daripada rejim Marcos.
Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an. Selainnya, diberikan kad Sijil Banci oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.
IMM13 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment