Write For Us

Dr M 'sembur' kali ke-2, 'pihak Malaysia yang tandatangan kontrak bodoh!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjelaskan pihak yang menandatangi kontrak perjanjian berkaitan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebagai bodoh.
Menurut Mahathir dalam wawancara Eksklusif selepas balik dari China, kontrak perjanjian itu jelas tidak seimbang apabila bayaran mengikut masa bukannya mengikut progres kerja.
Untuk rekod ini kali kedua Mahathir menggunakan perkataan bodoh selepas di Beijing awal minggu ini.
Ketika di Beijing Mahathir tanpa berselindung mengkritik pentadbiran terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengenai rundingan projek mega dengan syarikat China.
Menurut Dr Mahathir, negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.
"Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dlaam sejarah Malaysia," katanya.
Mahathir bercakap pada sidang akhbar di Beijing. Beliau dalam rangka lawatan rasmi ke China bagi merundingkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment