Write For Us

Dr Mahathir bukan dalang - Ramasamy

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, yakin Tun Dr Mahathir Mohamad bukan dalang di sebalik gerakan membentuk gabungan baharu kerajaan tanpa DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR.
Katanya, Dr Mahathir tidak mungkin meletak jawatan Perdana Menteri jika beliau adalah pencatur gerakan yang menyaksikan BERSATU dan sebahagian Ahli Parlimen PKR, keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di hadapan kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, 24 Februari.
Beliau berkata demikian ketika ditanya desas-desus mengatakan Dr Mahathir antara individu yang bertanggungjawab menggerakkan cubaan menyingkirkan DAP, PKR dan AMANAH daripada kerajaan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment