Write For Us

Dr Maza bidas Zaid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyindir pihak yang membantah penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara.
Katanya, arak adalah buruk di sisi semua manusia yang waras dan telah menjadi masalah terhadap masyarakat termasuk negara maju sekalipun.
“Kalau seseorang enggan atau tidak setuju pesta arak bukan bererti dia enggan dan menolak hiburan.
“Betapa banyak golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara yang santun.
“Bukan sahaja mereka bernasyid dan bersolawat, tetapi mereka juga boleh menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras,” katanya dalam satu catatan di Facebook.
Semalam, tanpa menamakan mana-mana pihak, Zaid berkata kumpulan yang membantah majlis itu dilihat lebih suka berpoligami berbanding penganjuran pesta, hiburan serta nyanyian.
Secara menyindir, katanya, yang membantah pesta ini kumpulan yang sama tetapi bagi mereka, “isteri dua tiga boleh, lagi muda lagi baik."
Mengulas lanjut Mohd Asri mempersoalkan kaitan poligami yang halal dengan pesta arak itu.
“Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita yang pasti mencemar kehormatan di sisi semua agama.
“Sementara poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri,” katanya.
Mufti itu turut mengingatkan umat Islam supaya mempunyai etika ketika memberi pandangan berhubung dengan perkara yang jelas seperti ini.
Katanya, meminum arak adalah hak bukan Islam tetapi penganjuran pesta itu boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam.
Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan pada 6 dan 7 Oktober selepas mendapat pelbagai bantahan daripada umat Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment