Write For Us

DSV 'minat' jadi presiden KAFA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Datuk Seri Vida dilaporkan akan mempertimbangkan jika ada peluang buatnya menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Memetik Berita Harian, pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu meletak dua syarat untuk menjadi presiden KAFA.
Pertama, beliau mahu penyokong Kelantan membeli produk Pamoga Qu Puteh beliau dan kedua KAFA harus menyelesaikan hutang lapuk mereka.
Bagi syarat pertama, DSV berkata ia penting untuk menjana pendapatan bagi membantu kewangan kelab dan syarat kedua untuk membilehkan beliau mengamil alih persatuan dengan sistematik dan membuka buku baru.
Ketika ini pihak KAFA dibelenggu dengan masalah hutang yang kritikal dan prestasi pasukan yang tidak menentu.
KAFA sebelum ini membuka pencalonan kepada semua yang berminat menjadi presiden KAFA.
Kongres Agung Tahunan kali ke-63 KAFA akan diadakan pada pertengahan bulan depan. Mereka akan memilih barisan EXCO baharu termasuk presiden.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment